Thursday, 14 February 2013

WORDLESS WEDNESDAY - SABAR

Siapakah yang mampu sabar ketika sedang marah?
Siapa yang mampu sabar ketika ditimpa musibah?


Semoga kita dikalangan orang-orang yang sabar =)
Perbanyakkan doa.

salam ingatan
tika.
teruskan bacaan- WORDLESS WEDNESDAY - SABAR

Thursday, 7 February 2013

I'M BACK....!!

Assalamualaikum....
Lama rasanya tak update blog. Buzy dengan majlis pernikahan tahun lepas, kemudian kerja, kerja, dan kerja.
Sekarang come back dengan azam baru :D

Ana da start dengan bisnes online, jual collagen, produk berasaskan herba dan sewaan barang untuk majlis perkahwinan. Semoga berjalan lancar semuanya :)

Okeylah, sampai jumpa lagi next entry...

teruskan bacaan- I'M BACK....!!

BCMD - BB CREAM

Assalamualaikum....
Its BB Cream...!!!


VOGUEDIVAS STEMCELL BB CREAM
HARGA : RM 60
POS : RM7 (SEMENANJUNG) , RM10 (SABAH & SARAWAK)
 
Selama u all guna BB Cream ape yang u all tengok ea semasa u all nak pilih-pilih dan beli BB cream?
Ada tak yang cek kandungan BB Cream? 
Ada tak yang terfikir sama ada BB Cream tu Halal @ x?
Hm....
Ana ada 1 produk halal yang setanding dengan produk BB Cream di pasaran.
Jom tengok kelebihan produk ni.
VOGUEDIVAS STEMCELL BB CREAM - berasaskan dari Stem Cell Apple
 
Krim berasaskan 'Stem Cell Apple' merupakan salah satu produk kosmetik terhebat masa kini. 
Kehebatan dan keistimewaan 'Stem Cell Apple' adalah ianya berkeupayaan untuk:

i. menggantikan sel-sel kulit yang lama kepada sel-sel kulit yang baru dan muda.
ii. membaiki sel-sel kulit yang rosak kepada sel-sel kulit yang sihat dan segar.
iii. menggalakkan penghasilan sel-sel kulit dan membentuk pigmen yang baru dan muda.
iv. mengurangkan kedutan, parut dan menghasilkan kulit yang licin dan gebu.
v. bertindak sebagai bedak asas yang melindungi kulit dari sinaran UV. Sinaran UV boleh menyebabkan jeragat dan kerosakkan kulit. Jadi Stem Cell ini boleh mencegah jeragat dan kerosakkan kulit.

Fungsi Utama Stem Cell Apple adalah:

i. anti penuaan
ii. mengurangkan kedutan
iii. menganjalkan kulit
iv. melembabkan kulit
v. mencerahkan kulit
vi. mengurangkan parut dan jeragat
vii. mengurangkan jerawat
viii. membaiki sel-sel kulit yang rosak
viii. menggebukan kulit
viiii. menghasilkan kallogen kepada kulit
ix. kulit segar seharian
x. anti radang
xi. bertindak sebagai bedak asas

Kajian Stem Cell Apple menunjukkan bahawa penggunaan selama 2 minggu dapat mengurangkan kedutan dan garis-garis halus sehingga 8%, 4 minggu mengurangkan sehingga 15% dan seterusnya.

Stem Cell Apple ini bukan sahaja berfungsi boleh mengurangkan kedutan dan garis-garis halus, malah boleh menjadikan kulit lebih licin, lebih muda, lebih cerah dan lebih gebu.
Berminat?
Jangan lupa sms/call/email k?
atikah : 013-6367175
email : nuratikah_shaari@yahoo.com
jumpa lagi next entry...!

teruskan bacaan- BCMD - BB CREAM

Wednesday, 25 July 2012

Wordless Wednesday : Perbanyakkanlah




 







=)
Mari kita lakukannya sama-sama...!
Tetapkan hati, luruskan niat, dan teruskan istiqamah.
~aku-insan~
teruskan bacaan- Wordless Wednesday : Perbanyakkanlah

Thursday, 19 July 2012

Seruan Infaq Ramadhan

Ramadhan akan menjelang 2 hari lagi.
Apa persediaan kalian untuk pengisian pada bulan mulia ini? Adakah isu menguatkan ibadah termasuk dalam pengisian kalian? Ana bertanya kalian, dalam sedar dan tidak ana sebenarnya bertanya pada diri. Ana sendiri bukanlah manusia yang baik, tapi ana sedang berusaha untuk melakukan kebaikan dan berubah menjadi lebih baik. Mohon kalian tegur andai ana ada salah, terkasar dan sebagainya.

Dalam meraikan bulan ibadah, ianya bukan berkisar tentang solat dan puasa semata-mata. Malah, amalan lain juga termasuk sama, dan salah satunya adalah sedekah.
Ana mengambil kesempatan untuk mewar-warkan kepada kalian tentang saluran infaq yang ada untuk kalian manfaatkan harta kalian.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, sebahagiannya adalah milik mereka. Belajarlah berkongsi sekalipun mereka tiada pertalian darah secara langsung, mereka punya hak kerana mereka punya pertalian agama yang sama dengan kita.

TAJAAN KHUSUS RAMADHAN - AQSA SYARIF


Derma Palestin atas nama AQSA SYARIF BERHAD di: 
Maybank Islamic 551575004299
Bank Islam 12092010034904


RAYUAN RAMADHAN - PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA


Pertubuhan Ikram Malaysia
Bank Islam 1211 3010 040 182

THE TELEKUNG PROJECT


Boleh bank in kepada
 NORAZILA ABDUL AZIZ
Maybank 512772501950 
selepas bank in boleh maklumkan kepada Puan Norazila melalui emel azila79aziz@gmail.com



Ana letakkan 3 link dulu untuk kalian, pilih saja mana yang kalian mampu. Kalau kalian tidak mampu dari segi harta, usahakan melalui tenaga, sebar-sebarkan infaq ini, moga-moga usaha yang kecil akan membawa kepada impak yang besar.

Ingatlah, kuasa sedekah itu besar. Berilah dengan kelapangan dan kasih sayang kerana mereka akan menerima dengan rasa kasih sayang juga. Pemberian yang sedikit ini tidak akan menjejaskan apa-apa pun untuk hidup kalian, sebaliknya ia akan membantu kalian merasa lapang dada.

Allah meletakkan sesuatu kejadian itu dengan hikmah, yakin dan percayalah kepadaNya.

Jom Infaq....!

luruskan niat, tetapkan hati, istiqamahlah!
~aku-insan~




teruskan bacaan- Seruan Infaq Ramadhan

Wednesday, 18 July 2012

Kalam Allah : Al-Ikhlas dan Kelebihannya

Nota ini ana kongsi dari seorang sahabat. Kemudiannya ana kongsikan dengan kalian, semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.
Allah tidak akan memberikan sesuatu tanpa hikmah yang tersembunyi.
Lalu, mari kita renung dan serap kelebihan sebahagian dari kalamNya ini.


KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah,
-bacalah ayat di atas,
-kemudian bacalah surah Al-Ikhlas
  (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.)  
  sebanyak 3 kali.


Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

       "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".

Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

    ''Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby)''

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

   ''Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.''

Sabda Rasulullah SAW lagi:

    ''Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.''

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

 
Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW
       'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.'


Jom amalkan!
=)
mari istiqamah bersama
~aku-insan~
teruskan bacaan- Kalam Allah : Al-Ikhlas dan Kelebihannya

Wordless Wednesday : Ramadhan Kareem



Jom Berlumba!
Kita gandakan kebaikan, gandakan amalan, gandakan ibadah....!
tetapkan hati, luruskan niat, ikhlaskan diri
~aku-insan~
teruskan bacaan- Wordless Wednesday : Ramadhan Kareem