Wednesday, 25 July 2012

Wordless Wednesday : Perbanyakkanlah




 







=)
Mari kita lakukannya sama-sama...!
Tetapkan hati, luruskan niat, dan teruskan istiqamah.
~aku-insan~
teruskan bacaan- Wordless Wednesday : Perbanyakkanlah

Thursday, 19 July 2012

Seruan Infaq Ramadhan

Ramadhan akan menjelang 2 hari lagi.
Apa persediaan kalian untuk pengisian pada bulan mulia ini? Adakah isu menguatkan ibadah termasuk dalam pengisian kalian? Ana bertanya kalian, dalam sedar dan tidak ana sebenarnya bertanya pada diri. Ana sendiri bukanlah manusia yang baik, tapi ana sedang berusaha untuk melakukan kebaikan dan berubah menjadi lebih baik. Mohon kalian tegur andai ana ada salah, terkasar dan sebagainya.

Dalam meraikan bulan ibadah, ianya bukan berkisar tentang solat dan puasa semata-mata. Malah, amalan lain juga termasuk sama, dan salah satunya adalah sedekah.
Ana mengambil kesempatan untuk mewar-warkan kepada kalian tentang saluran infaq yang ada untuk kalian manfaatkan harta kalian.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, sebahagiannya adalah milik mereka. Belajarlah berkongsi sekalipun mereka tiada pertalian darah secara langsung, mereka punya hak kerana mereka punya pertalian agama yang sama dengan kita.

TAJAAN KHUSUS RAMADHAN - AQSA SYARIF


Derma Palestin atas nama AQSA SYARIF BERHAD di: 
Maybank Islamic 551575004299
Bank Islam 12092010034904


RAYUAN RAMADHAN - PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA


Pertubuhan Ikram Malaysia
Bank Islam 1211 3010 040 182

THE TELEKUNG PROJECT


Boleh bank in kepada
 NORAZILA ABDUL AZIZ
Maybank 512772501950 
selepas bank in boleh maklumkan kepada Puan Norazila melalui emel azila79aziz@gmail.com



Ana letakkan 3 link dulu untuk kalian, pilih saja mana yang kalian mampu. Kalau kalian tidak mampu dari segi harta, usahakan melalui tenaga, sebar-sebarkan infaq ini, moga-moga usaha yang kecil akan membawa kepada impak yang besar.

Ingatlah, kuasa sedekah itu besar. Berilah dengan kelapangan dan kasih sayang kerana mereka akan menerima dengan rasa kasih sayang juga. Pemberian yang sedikit ini tidak akan menjejaskan apa-apa pun untuk hidup kalian, sebaliknya ia akan membantu kalian merasa lapang dada.

Allah meletakkan sesuatu kejadian itu dengan hikmah, yakin dan percayalah kepadaNya.

Jom Infaq....!

luruskan niat, tetapkan hati, istiqamahlah!
~aku-insan~




teruskan bacaan- Seruan Infaq Ramadhan

Wednesday, 18 July 2012

Kalam Allah : Al-Ikhlas dan Kelebihannya

Nota ini ana kongsi dari seorang sahabat. Kemudiannya ana kongsikan dengan kalian, semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.
Allah tidak akan memberikan sesuatu tanpa hikmah yang tersembunyi.
Lalu, mari kita renung dan serap kelebihan sebahagian dari kalamNya ini.


KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah,
-bacalah ayat di atas,
-kemudian bacalah surah Al-Ikhlas
  (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.)  
  sebanyak 3 kali.


Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

       "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".

Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

    ''Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby)''

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

   ''Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.''

Sabda Rasulullah SAW lagi:

    ''Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.''

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

 
Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW
       'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.'


Jom amalkan!
=)
mari istiqamah bersama
~aku-insan~
teruskan bacaan- Kalam Allah : Al-Ikhlas dan Kelebihannya

Wordless Wednesday : Ramadhan Kareem



Jom Berlumba!
Kita gandakan kebaikan, gandakan amalan, gandakan ibadah....!
tetapkan hati, luruskan niat, ikhlaskan diri
~aku-insan~
teruskan bacaan- Wordless Wednesday : Ramadhan Kareem

Tuesday, 17 July 2012

Kebesaran Allah : Susu Ibu I ( Kebaikan )

Assalamualaikum,
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta kepada keluarga dan sahabat baginda.

Ana sangat teruja untuk menulis tentang keajaiban dan hadiah dari Allah. Betapa hebatnya kuasa Allah yang tak terjangkau dek akal kita.

Allahuakbar!

Untuk entry pertama tentang susu ibu, ana akan ceritakan tentang kebaikan susu ibu, sama ada kepada ibu atau kepada bayi.



1. Kalau kalian ingin tau, permulaan susu yang keluar adalah dipanggil kolostrum... kolostrum ni berwarna kekuningan dan sekali pandang ianya seolah-olah susu basi, tapi bila fikir logik, mana ada susu basi keluar dari payudara... betul kan? kolostrum ni mempunyai banyak kebaikan untuk bayi iaitu...

           -kaya dengan sel darah putih untuk melindungi bayi dari mendapat jangkitan
           -mengandungi banyak antibodi untuk sistem imunisasi bayi dan melindungi bayi dari mendapat
            jangkitan serta alahan...
           -faktor pertumbuhan untuk kematangan usus dan mencegah alahan...
           -merupakan sejenis laksatif untuk mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (kuning)

untuk pengetahuan juga, kolostrum ni hanya akan ada untuk 3hari pertama kelahiran sahaja... jadi, sebagai ibu, usahalah sebaik mungkin untuk memberi lebih banyak kolostrum kepada anak anda..

2. Kebaikan lain ialah, susu ibu mengandungi semua protein yang diperlukan oleh bayi terutama untuk proses tumbesaran dan perkembangan otak bayi... jadi, fikirkan kembali sekiranya kalian berfikir untuk memberi susu formula kepada bayi kalian.

3.  Susu ibu juga senang dihadam kerana mengandungi enzim penting untuk proses penghadaman.. kalau kalian nak tau, susu formula yang orang selalu bagi kat baby tu sebenarnya tidak elok untuk baby sebab susu tu tak dapat dihadam sepenuhnya... ada lebihan susu atau dalam erti kata lain keladak akan berkumpul kat dalam perut bayi tu.

4. Selain itu juga, susu ibu ni sebenarnya berubah mengikut keperluan bayi... jadi,tak perlu risau la anak itu cukup nutrien atau tidak, walapun mereka menyusu sampai umur 2 tahun... okay?

sekarang ana nak beritahu tentang kebaikan susu ibu untuk ibu pula.

1. Proses penyusuan akan mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.

2. Ia juga melindungi kesihatan ibu.

3. Membantu mengecutkan rahin dan mengurangkan pendarahan, semasa bayi menyusu, proses sucking akan menyebabkan ibu rasa sakit, sebenarnya rasa sakit tu adalah disebabkan oleh proses pengecutan rahim yang berlaku serentak dengan sucking process tersebut.

4. Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari, biasanya kanser payudara adalah sinonimm kepada wanita yang tidak berkahwin atau yang tidak mempunyai anak...

5. Mempercepatkan proses pengurangan berat badan selepas bersalin, siapa kata kalian akan menjadi gemuk lepas bersalin? menyusukan anak secara esklusif selama 6 bulan adalah jawapannya... nah, dah ada cara mudah dan jimat, kenapa nak bersusah payah jaga badan dengan jamu atau pergi gym..?

6. Penyusuan secara penuh juga boleh menjarakkan kehamilan tapi dengan 3 syarat...

             i- ibu menyusukan anak secara esklusif
             ii- ibu belum datang haid selepas tempoh kelahiran
             iii- umur bayi kurang dari 6 bulan


dengan 3 syarat ni, kalian boleh rancang kehamilan tu dengan jayanya..=)


Permulaan mendidik anak sebenarnya bermula dari proses penyusuan. Ini kerana, bermula dari proses ini anak-anak perlu diajar untuk patuh pada arahan.
Untuk memulakan penyusuan, seharusnya ibu yang memberi bukannya mengikut kehendak anak.
Bagaimana ini perlu dan boleh dilakukan, ana akan sambung dalam entry lain. Insyaallah. Semoga Allah permudahkan urusan ana.
Ana harap kalian memahami kebaikan susu ibu.
Manfaatkan hadiah istimewa dari Allah.


Jangan lupa berterima kasih =)
Alhamdulillah
~aku-insan~
teruskan bacaan- Kebesaran Allah : Susu Ibu I ( Kebaikan )

Lihat Pada Diri

Kita ini manusia yang banyak kebaikan atau yang banyak keburukan?
Atau mereka yang kita lihat itu lebih banyak kebaikan dari kita?
Adakah patut kita melihat kebaikan dalam diri kita? Atau kita lebih patut melihat keburukan dalam diri kita?


Renung sejenak akan bait ayat ini;

usahlah mengingati kejahatan orang terhadap kita, 
sebaliknya ingatlah kebaikan mereka terhadap kita
dan janganlah mengingati kebaikan kita terhadap orang, 
sebaliknya ingatlah tentang kejahatan kita kepada mereka

lalu, apakah maksudnya yang terbit dari hati kita selepas membacanya?

Apakah yang lebih menyenangkan hati jika kita ditanya tentang kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan? Tentu saja kita menyenangi akan kebaikan yang telah kita buat. Lalu, apakah impaknya?
Kalau terpancing dek syaitan, riak akan menabir diri, bangga akan memayungi, lantas, adakah ianya bermakna?

Bagaimana jika kita berfikir tentang kejahatan kita kepada orang lain? Apakah perasaan yang kita alami?
Resah gelisah, tak senang duduk, apa lagi? apa lagi? Kesannya? kita akan selalu cuba untuk mengubah kejahatan itu menjadi kebaikan, menukar keburukan menjadi kecantikan.

Lihat kembali pada diri. Lihat pada kehidupan hari ini. Tuliskan dalam diari, apakah kejahatan, keburukan yang telah kita lakukan saban hari. Semak kembali catatan setiap hari, adakah keburukan semakin berkurang? atau ia semakin bertambah?

Kalau hari ini kita mengumpat selama sejam, pastikan esok kita mengumpat selama setengah jam.
Aduh, ana mengajar kalian mengumpat pula... Bukanlah begitu, maksud ana, kalau hari ni kita melakukannya dan esok kita masih lagi melakukannya, pastikan ianya berkurangan setiap hari hingga akhirnya tanpa sedar kita telah pun meninggalkannya! Bukanlah ia semakin bertambah.

Bagaimana kalau ia semakin bertambah?

Lihat pada diri orang lain. Lihat kebaikan dan amalan yang telah mereka lakukan. Apakah tidak terkesan dalam hati kita dengan amalan mereka?
Apakah tidak tersentuh walau sedikit pun?

Belajarlah dengan melihat kebaikan dalam diri mereka. Kebaikan itu akan membuatkan kita merasa malu dengan segala keburukan yang telah kita lakukan.
Moga-moga dengan cara ini kita akan cuba untuk mengubah diri.

Boleh?
Mari kita sama-sama usahakan.
Ana mengajak kerana ana juga manusia yang khilaf. Saat ana memberi pertanyaan kepada kalian, ana sebenarnya mereflek kepada diri sendiri, dan pertanyaan itu ana tujukan juga buat diri ana sendiri.
Sebelum ana tutup post ini,jom kita tengok apa kata Ustaz Don Daniyal tentang melihat kepada orang.


Benar bukan? Maka adalah lebih baik kita belajar melihat dan mengingat kebaikan orang terhadap kita, mudah-mudahan itulah anjakan kepada perubahan kita kelak.
 
Bak kata pepatah; don't judge a book by its cover.

Jom kita berubah ke arah lebih baik!
bila ana menyeru, maka ana juga ingin merasai, malah mengharapkan kalian juga menyertai.
Tidak mahukah kita akan gelaran jemaah syurga?

kuatkan hati, tetapkan niat, teruskan istiqamah!
~aku-insan~
teruskan bacaan- Lihat Pada Diri

Monday, 16 July 2012

Menambah Level Sabar

Saban waktu bekerja, adakala tekanan makin bertambah di bahu. Adakah kalian juga merasa sama seperti yang ana rasa?

Kadangkala terlepas jua kesabaran dari bentengnya walau sekuat mana pun ana menahannya. Adakah kalian juga begitu? Atau mungkin kesabaran kalian lebih terkawal dari ana?


Kerja yang melibatkan orang ramai memang memberi tekanan. Tekanan kadangkala membuahkan pahala berganda-ganda, namun kalau tersalah duga, yang sepatutnya menjadi pahala itu bertukar kepada dosa.
Masyaallah, Nauzubillah :(

Ana sangat risau setiap kali ana bersiap keluar ke tempat kerja, ana asyik berfikir tentang tekanan yang bakal menumpahkan sabar yang ana kumpul. Andai boleh, biarlah sabar itu semakin tinggi arasnya. Sesuai dengan umur.
Adakah kalian punya angan dan harapan yang sama?

Maka,dengan apakah kita harus menambah aras sabar?

Hampir 2 tahun ana bekerja di bidang kejururawatan, berdepan dengan kerenah orang atasan, pesakit, keluarga pesakit, rakan sekerja, haruslah segalanya memerlukan sabar. Dan untuk bersabar, ana harus berasa tenang.

Bukan senang, tapi ana cuba belajar untuk tidak merasa susah atau memberi helah. Biarlah penat menahan amarah orang, biarlah lali mendengar makian mahupun perlian orang, hanya itu yang mampu ana mampu lakukan. Diam, tenang, dan itulah sabar!

Benar, ada masa kita tak mampu menahan sabar, dan apakah tindakan kita seterusnya?
Kembali melawan amarah?
Bertindak diluar kawalan?
Protes?

Dan apabila kita melakukan perkara tersebut, apakah perasaan yang hadir dalam diri selepas dari itu?
Menyesal?
Puas?
Atau ingin menambah tindakan lain?

Apa kata kita cuba tindakan lain?
-Seseorang sedang memarahi anda.Apa yang harus kalian lakukan?
-Diam.
-Gunakan eye contact dengannya,
  gerakkan tubuh dengan pergerakan minimal,
  dengar dengan teliti sambil dalam hati perlahan-lahan alunkan zikir.
-Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
-Kemudian bacalah Hasbunallah wani'mal wakil sebanyak yang mungkin.
-Apabila dia diam, berikan masa untuk dia bertenang, kemudian barulah respon kepadanya.
-Mohon maaf jika perlu walaupun ianya bukan salah kalian. Biarkan dia merasa menang kerana selepas dari kejadian ini, dia mungkin akan berfikir berulang kali untuk melakukannya lagi.

Mungkin dalam keaadaan tertentu kita gagal melawan amarah, lalu membiarkan kesabaran melimpah keluar.
Pada ketika ini, cubalah beralih dari kedudukan, jika ketika itu kalian dimarahi dalam keadaan kalian sedang duduk, maka berdirilah; begitulah sebaliknya. Jika tidak boleh, maka anjakkan atau beralihlah sedikit dari tempat asal, sekurang-kurangnya dengan cara itu rasa marah akan dapat dialih.

Mari kita sama-sama lakukan =) !

Secara jujurnya, ana baru cuba untuk mempraktikkannya. Pada awalnya, sekalipun ana mendiamkan diri, ada satu perkara yang ana sesali. Selepas dari mengawal kemarahan dari si pemarah, ana kemudian lemparkannya kepada orang lain atau kepada perkara lain. Mungkin ana berjaya dari mengelakkan ketegangan dengan si pemarah, cuma ana berharap selepas ini ana berjaya untuk mengawal dan memberhentikannya dari membawa ia ke arah lain.

Hidup ini untuk belajar, jangan merasa penat untuk melakukannya.
Setidak-tidaknya kita semua berusaha untuk menambah level sabar kita. Moga-moga dengan kesabaran itu akan memberikan lebih kepuasan.

Ikhlas tentunya!
dan tenang semestinya!

Sebelum ana akhiri post ini,ana kongsikan doa untuk manfaat bersama.


Jom jadi sabar, kerana dalam sabar itu ada keindahannya =)

bila ana memberi, maksudnya ana jua mahu merasai, dan ana mahu agar kalian juga menyertai....
sebar-sebarkan ya!

ikhlaskan diri, luruskan niat,
~aku-insan~


teruskan bacaan- Menambah Level Sabar

Saturday, 14 July 2012

Muhasabah : Peneman Tidur

Bagaimanakah seperjalanan rutin hari ini?
Apakah pengisian sejak dari awal membuka mata hingga akhirnya kembali ke tempat tidur?

Bangunlah dari tidur dengan doa, ucapkanlah tasbih, tahmid, dan takbir sebagai mengakui kebesaran Ilahi kerana menghidupkan kita kembali sekaligus memberi peluang untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Melalui saat membuka mata hingga kembali ke tempat tidur, yang mana lebih banyak kita lakukan?
Memberi kebaikan atau melakukan kejahatan?

Apakah perkara yang kita lazimi setiap kali sebelum tidur?
Ada yang memilih dengan mendengar lagu, ada yang melazimi bacaan al-Quran, ada juga yang memilih untuk berangan-angan ; mengingat memori manis sepanjang hari tersebut.


Pernahkah kita bersyukur sebelum tidur?
Pernahkah kita merasa takut untuk tidur?
Pernahkah kita bertaubat sebelum tidur?

Muhasabahlah tentang seperjalanan hari kita, semoga kita dapat mengesan di mana diri kita setiap hari.
Malah, dengan muhasabah inilah kita dapat meningkatkan amalan kita setiap hari, belajar untuk mengubah diri, belajar untuk memberi kemaafan, melapangkan dada dan melepaskan tekanan dengan cara yang paling baik.

Mulakan muhasabah dengan doa, tenangkan fikiran, refresh kembali segala kejadian yang berlaku, lihat balik segala keterlanjuran yang dilakukan dengan atau tanpa sengaja.

Mohonlah doa kepada Allah semoga hari esok, andai dihidupkan lagi; agar dapat menambah kebaikan dan mengurangkan dosa dan kejahatan.

Tunggu apa lagi?
Jom jadikan muhasabah sebagai teman tidur, moga-moga kita akan melalui hari mendatang dengan lebih banyak amal kebaikan yang kita buat.
Insyaallah.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ikhlaskan hati,tetapkan niat,moga kebaikan mengiringi
~aku-insan~
teruskan bacaan- Muhasabah : Peneman Tidur

Friday, 13 July 2012

6 Yang Allah Sembunyikan

SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG, SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT MENYATAKAN 124,000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA:

"WAHAI TUHANKU"

* ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?

* LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..."TIDAK"

* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,

* MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD

"WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD, DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU"

* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERKATA

"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"

* LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD

"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL...."

* KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.

* KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD ;

* "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA ATAU SEPERTIGA, ATAU SEPEREMPATNYA?"

* KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD

"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..."

MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN.. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU ;

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT


* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG DI DALAM AL-QURAN


* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN


* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU)


* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI





SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI.
WALLAHUALAM
KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MUSLIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA.

~aku-insan~
teruskan bacaan- 6 Yang Allah Sembunyikan

The Telekung Project






Assalamualaikum....
ana masih nak post tentang seruan infak untuk kalian manfaatkan harta yang kalian ada =)
Mari sama-sama tengok cabaran yang ada untuk Telekung Project ni.

1. Cabaran Goodies bag utk anak-anak yatim
-setiap goodies bag berharga RM20
-sumbangan boleh diberi melalui
  MAYBANK 1627 3109 4198
  (Norolnabila Binti Othman)
-lepas beri sumbangan,sila maklumkan detail kepada tn punya akaun n nyatakan itu sumbangan utk goodies bag

2. Cabaran talam untuk masjid
-hrga 1 talam adlh rm18.Terpulang nak derma berapa.
-sumbangan boleh diberi melalui
  MAYBANK 1622 1803 6971
  norazila abdul aziz
  EMAIL TRANSAKSI kpd azila79aziz@gmail.com supaya boleh simpan rekod.
-jgn lupa nyatakan TALAM MASJID
  apa2 boleh sms di 0123183621 


Jom Infak Harta!
Beri dengan hati kerana hati juga yang akan merasai =)
Moga niat baik kalian akan dibalas dengan pahala dan redha Allah hendaknya

luruskan niat,tetapkan hati,ikhlaskan diri
~aku-insan~
teruskan bacaan- The Telekung Project

Sunah dan Adab di Hari Jumaat

Assalamualaikum....
Jumaat,penghulu segala hari.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta kepada keluarga dan sahabat baginda.
Moga-moga Allah memberi ketenangan dan kelapangan kepada kita pada hari ini,mudah-mudahan kita mengambil kesempatan ini untuk menambah ibadah kepadaNya.
Insyaallah.

Hari ni ana nak share tentang sunah dan adab pada hari Jumaat,semoga kita istiqamah untuk melakukan amalan Nabi Muhammad s.a.w.


Sesetengah dari sunah dan adab ini telah kita lakukan sebagai rutin, contohnya seperti memakai wangi-wangian serta minyak rambut. Bagi sunah dan adab yang lain jika kita amalkan dan terus amalkan, Insyaallah akan menjadi perkara lazim untuk kita, contohnya seperti memperbanyakkan selawat, memperbanyakan doa, serta memperbanyakkan amalan kebaikan.

Semoga dengan amalan ini akan mendekatkan kita kepada Pencipta kita.

luruskan niat,tetapkan hati,istiqamahlah =)
~aku-insan~
teruskan bacaan- Sunah dan Adab di Hari Jumaat

Thursday, 12 July 2012

Tabung Kemanusiaan Sempena Ramadhan

Ramadhan hampir datang tak berapa lama lagi.
Apa persiapan kita dalam menghadapi Ramadhan kali ini?
Adakah kita bersedia sepenuhnya menghambakan diri kepada Dia?
 dan adakah kita akan terus istiqamah untuk berubah keranaNya?

Renung-renungkan.....

Tatkala kita menghitung betapa meriahnya Ramadhan nanti,jangan lupakan tentang mereka yang sedang kekurangan di Palestin sana.
Inilah peluangnya untuk kita manfaatkan segala apa yang kita ada untuk mereka.Ingat,setiap apa yang kita ada sekarang,sebahagiaannya adalah milik mereka dan mereka wajar untuk mendapatkannya.
Hanya dengan cara ini kita akan selalu merasa bersyukur kepada Yang Maha Pemurah.

Moga-moga kita akan mendapat ganjarannya dengan menginfakkan harta ke jalan Allah.
Selangkah kita menuju Allah,maka Allah akan mendatangi kita 10 langkah.Apa tunggu lagi...??



Bagi menghulurkan sebarang sumbangan, kalian boleh salurkannya melalui

TABUNG PALESTIN :
MAYBANK 5515 7500 4299

BANK ISLAM 12 092 01 003490 4

TABUNG PENGURUSAN :
CIMB ISLAMIC 1216 0000452 10 1

Jangan lupa nyatakan jenis bantuan anda dan detail pemberian sumbangan.
Untuk mendapatkan info lanjut, anda boleh ke laman web aqsa syarif atau ke laman facebook aqsa syarif


luruskan niat,ikhlaskan hati,
Lillahi Taala
~aku-insan~

 


teruskan bacaan- Tabung Kemanusiaan Sempena Ramadhan

Permulaan Sebuah Kisah

Kembali berblogging atau baru nak memulakan hobi lama bukanlah persoalan di sini,tapi anggaplah ia sebagai langkah untuk aku istiqamah dengan apa yang aku pilih.

Bukan senang menghidupkan semangat tatkala hati sendirian.Benar,aku seperti kalian juga,mengharapkan kasih,sayang dan rahmat dari Allah supaya aku masih dan akan terus berada di jalan yang lurus dan diredhaiNya.
Nampak seperti senang sedang hakikatnya diri sendiri yang tahu.

Aku tak ingin lagi berpaling kebelakang,memandang pada kesalahan dan dosa lalu selain dari mengingatkan diri cukup sudah menambah titik hitam di dalam hati.Aku tidak mahu merasai kelamnya sebuah kehidupan dunia,malah aku tak mungkin mahu berada dalam panas neraka bila nyawa kembali diambil Pemiliknya.

Biarlah merasa berat di dunia agar nanti di'sana' aku merasai nikmatnya syurga dan pertemuan dengan Dia.

Ukhuwahfillah abadan abada
~aku-insan~
teruskan bacaan- Permulaan Sebuah Kisah