Nota ini ana kongsi dari seorang sahabat. Kemudiannya ana kongsikan dengan kalian, semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.
Allah tidak akan memberikan sesuatu tanpa hikmah yang tersembunyi.
Lalu, mari kita renung dan serap kelebihan sebahagian dari kalamNya ini.
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah
ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan
ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan
juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah,
-bacalah ayat di atas,
-kemudian
bacalah surah Al-Ikhlas
(iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.
Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.)
sebanyak 3 kali.
Masuklah
rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam
pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita
menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang
jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat
akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan
oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul
huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya
dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di
bumi. Kusaksikan bahwa si fulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia
adalah pemerdekaan dari neraka".
Inilah yang dinamakan membaca
Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan
seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud:
''Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit
sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam
kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat
akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim
lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby)''
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada
umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa
dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam
Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali
betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10
jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga
kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata
Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
''Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas
dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah
mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan
kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang
yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.''
Sabda
Rasulullah SAW lagi:
''Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus
Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad
tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu
tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah,
al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas
solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala
hinggalah ke jumaat yang berikutnya.''
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila
matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya
bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3)
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.'
Jom amalkan!
=)
mari istiqamah bersama
~aku-insan~


No comments:
Post a Comment