Saban waktu bekerja, adakala tekanan makin bertambah di bahu. Adakah kalian juga merasa sama seperti yang ana rasa?
Kadangkala terlepas jua kesabaran dari bentengnya walau sekuat mana pun ana menahannya. Adakah kalian juga begitu? Atau mungkin kesabaran kalian lebih terkawal dari ana?
Kerja yang melibatkan orang ramai memang memberi tekanan. Tekanan kadangkala membuahkan pahala berganda-ganda, namun kalau tersalah duga, yang sepatutnya menjadi pahala itu bertukar kepada dosa.
Masyaallah, Nauzubillah :(
Ana sangat risau setiap kali ana bersiap keluar ke tempat kerja, ana asyik berfikir tentang tekanan yang bakal menumpahkan sabar yang ana kumpul. Andai boleh, biarlah sabar itu semakin tinggi arasnya. Sesuai dengan umur.
Adakah kalian punya angan dan harapan yang sama?
Maka,dengan apakah kita harus menambah aras sabar?
Hampir 2 tahun ana bekerja di bidang kejururawatan, berdepan dengan kerenah orang atasan, pesakit, keluarga pesakit, rakan sekerja, haruslah segalanya memerlukan sabar. Dan untuk bersabar, ana harus berasa tenang.
Bukan senang, tapi ana cuba belajar untuk tidak merasa susah atau memberi helah. Biarlah penat menahan amarah orang, biarlah lali mendengar makian mahupun perlian orang, hanya itu yang mampu ana mampu lakukan. Diam, tenang, dan itulah sabar!
Benar, ada masa kita tak mampu menahan sabar, dan apakah tindakan kita seterusnya?
Kembali melawan amarah?
Bertindak diluar kawalan?
Protes?
Dan apabila kita melakukan perkara tersebut, apakah perasaan yang hadir dalam diri selepas dari itu?
Menyesal?
Puas?
Atau ingin menambah tindakan lain?
Apa kata kita cuba tindakan lain?
-Seseorang sedang memarahi anda.Apa yang harus kalian lakukan?
-Diam.
-Gunakan eye contact dengannya,
gerakkan tubuh dengan pergerakan minimal,
dengar dengan teliti sambil dalam hati perlahan-lahan alunkan zikir.
-Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
-Kemudian bacalah Hasbunallah wani'mal wakil sebanyak yang mungkin.
-Apabila dia diam, berikan masa untuk dia bertenang, kemudian barulah respon kepadanya.
-Mohon maaf jika perlu walaupun ianya bukan salah kalian. Biarkan dia merasa menang kerana selepas dari kejadian ini, dia mungkin akan berfikir berulang kali untuk melakukannya lagi.
Mungkin dalam keaadaan tertentu kita gagal melawan amarah, lalu membiarkan kesabaran melimpah keluar.
Pada ketika ini, cubalah beralih dari kedudukan, jika ketika itu kalian dimarahi dalam keadaan kalian sedang duduk, maka berdirilah; begitulah sebaliknya. Jika tidak boleh, maka anjakkan atau beralihlah sedikit dari tempat asal, sekurang-kurangnya dengan cara itu rasa marah akan dapat dialih.
Mari kita sama-sama lakukan =) !
Secara jujurnya, ana baru cuba untuk mempraktikkannya. Pada awalnya, sekalipun ana mendiamkan diri, ada satu perkara yang ana sesali. Selepas dari mengawal kemarahan dari si pemarah, ana kemudian lemparkannya kepada orang lain atau kepada perkara lain. Mungkin ana berjaya dari mengelakkan ketegangan dengan si pemarah, cuma ana berharap selepas ini ana berjaya untuk mengawal dan memberhentikannya dari membawa ia ke arah lain.
Hidup ini untuk belajar, jangan merasa penat untuk melakukannya.
Setidak-tidaknya kita semua berusaha untuk menambah level sabar kita. Moga-moga dengan kesabaran itu akan memberikan lebih kepuasan.
Ikhlas tentunya!
dan tenang semestinya!
Sebelum ana akhiri post ini,ana kongsikan doa untuk manfaat bersama.
Jom jadi sabar, kerana dalam sabar itu ada keindahannya =)
bila ana memberi, maksudnya ana jua mahu merasai, dan ana mahu agar kalian juga menyertai....
sebar-sebarkan ya!
ikhlaskan diri, luruskan niat,
~aku-insan~


No comments:
Post a Comment