selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta kepada keluarga dan sahabat baginda.
Ana sangat teruja untuk menulis tentang keajaiban dan hadiah dari Allah. Betapa hebatnya kuasa Allah yang tak terjangkau dek akal kita.
Allahuakbar!
Untuk entry pertama tentang susu ibu, ana akan ceritakan tentang kebaikan susu ibu, sama ada kepada ibu atau kepada bayi.
1. Kalau kalian ingin tau, permulaan
susu yang keluar adalah dipanggil kolostrum... kolostrum ni berwarna kekuningan
dan sekali pandang ianya seolah-olah susu basi, tapi bila fikir logik, mana ada susu basi keluar
dari payudara... betul kan? kolostrum ni mempunyai banyak kebaikan untuk bayi
iaitu...
-kaya dengan sel darah putih untuk melindungi bayi dari mendapat jangkitan
-mengandungi banyak antibodi untuk sistem imunisasi bayi dan melindungi bayi
dari mendapat
jangkitan serta alahan...
-faktor pertumbuhan untuk kematangan usus dan mencegah alahan...
-merupakan sejenis laksatif untuk mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis
(kuning)
untuk pengetahuan juga, kolostrum ni
hanya akan ada untuk 3hari pertama kelahiran sahaja... jadi, sebagai ibu, usahalah
sebaik mungkin untuk memberi lebih banyak kolostrum kepada anak anda..
2. Kebaikan lain ialah, susu ibu
mengandungi semua protein yang diperlukan oleh bayi terutama untuk proses
tumbesaran dan perkembangan otak bayi... jadi, fikirkan kembali sekiranya kalian berfikir untuk memberi susu formula kepada bayi kalian.
3. Susu ibu juga senang dihadam
kerana mengandungi enzim penting untuk proses penghadaman.. kalau kalian nak
tau, susu formula yang orang selalu bagi kat baby tu sebenarnya tidak elok untuk baby sebab susu tu tak dapat dihadam sepenuhnya... ada lebihan susu atau dalam erti
kata lain keladak akan berkumpul kat dalam perut bayi tu.
4. Selain itu juga, susu ibu ni
sebenarnya berubah mengikut keperluan bayi... jadi,tak perlu risau la anak itu
cukup nutrien atau tidak, walapun mereka menyusu sampai umur 2 tahun... okay?
sekarang ana nak beritahu tentang kebaikan susu ibu untuk ibu pula.
1. Proses penyusuan akan mengeratkan
hubungan antara ibu dan anak.
2. Ia juga melindungi kesihatan ibu.
3. Membantu mengecutkan rahin dan
mengurangkan pendarahan, semasa bayi menyusu, proses sucking akan
menyebabkan ibu rasa sakit, sebenarnya rasa sakit tu adalah disebabkan oleh
proses pengecutan rahim yang berlaku serentak dengan sucking process
tersebut.
4. Mengurangkan risiko kanser
payudara dan kanser ovari, biasanya kanser payudara adalah sinonimm kepada wanita yang
tidak berkahwin atau yang tidak mempunyai anak...
5. Mempercepatkan proses pengurangan
berat badan selepas bersalin, siapa kata kalian akan menjadi gemuk lepas
bersalin? menyusukan anak secara esklusif selama 6 bulan adalah jawapannya... nah, dah
ada cara mudah dan jimat, kenapa nak bersusah payah jaga badan dengan jamu atau pergi
gym..?
6. Penyusuan secara penuh juga boleh
menjarakkan kehamilan tapi dengan 3 syarat...
i- ibu menyusukan anak secara esklusif
ii- ibu belum datang haid selepas tempoh kelahiran
iii- umur bayi kurang dari 6 bulan
dengan 3 syarat ni, kalian boleh
rancang kehamilan tu dengan jayanya..=)
Permulaan mendidik anak sebenarnya bermula dari proses penyusuan. Ini kerana, bermula dari proses ini anak-anak perlu diajar untuk patuh pada arahan.
Untuk memulakan penyusuan, seharusnya ibu yang memberi bukannya mengikut kehendak anak.
Bagaimana ini perlu dan boleh dilakukan, ana akan sambung dalam entry lain. Insyaallah. Semoga Allah permudahkan urusan ana.
Ana harap kalian memahami kebaikan susu ibu.
Manfaatkan hadiah istimewa dari Allah.
Jangan lupa berterima kasih =)
Alhamdulillah
~aku-insan~


No comments:
Post a Comment